Saturday 3 November 2012

Pertama kali

Assalamualaikum..

Lama jugak eh tak update blog nih..busy sangat sangat semester kali ni sampaikan raya haji tahun ni terpaksa beraya kat pahang..*sadis T_T..syukur alhamdulillah aku ada bff yang sudi nak bagi aku tumpang beraya dekat kampung beliau..thanx ya sayang..selamat la raya haji je, kalau raya puasa mahu aku meroyan pagi pagi raya..



pagi raya yaww!



beraya kat kampung nini memang super duper bestttttt..makanan jangan cakap la punya banyak sampai aku tak tau nak makan yang mana satu.(soto ayam,lontong,lemang,rendang,nasi jagung,nasi minyak,nasi dagang,nasi beriani,laksa,laksam,kuih raya and macam macam lagi la) so secara automatik program diet aku terus hancusss..huhu..tapi bila fikir fikir balik maybe raya kali ni raya yang pertama dan yang terakhir aku beraya dekat pahang.mesti rindu dengan makcik makcik  felda Triang 1. =(
 and of course i will miss dis girl
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ninininininininini







p/s: rindu mak abah. Abah selamat hari lahir. Love you so much.



Terima Kasih

Wednesday 15 August 2012

Jauh Disudut Hati Aku Sayang Kamu




kadang kadang rindu tu datang dan pergi seperti angin..
hati ini cuba untuk menepis segala rasa yang datang
adakala pantas saja ditepis tapi sering saja gagal
hati ini sangat rapuh untuk insan yang bernama sahabat...



                                              















korang...sedar tak yang ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir kita bersama.
hanya tinggal satu sem lagi untuk semuanya berakhir..
walaupun korang masih di depan mata tapi hati ini sering kali rindu
rindu seperti dulu..tersangat rindu..
jika kenangan yang pahit itu tak pernah berlaku
sudah tentu rindu itu susah untuk aku rasa
inilah hikmah yang Allah mahu aku rasa
RINDU KAMU SEMUA..

Ya Allah Kau pelihara lah sahabat sahabatku
Kau titpkanlah kasih dan rinduku untuk sahabatku
jadikan mereka bidadari yang sentiasa mendapat kasih sayangMu
Ya Allah,ampunilah berkatilah dan permudahkanlah urusan mereka
semoga mereka tenang menghadapi UjianMu Ya Allah.
aminn..



sayang kamu semua sampai mati.



Terima Kasih

Wednesday 1 August 2012

Berdua Lebih Baik



Malam ni sangatlah bosan so nak upload gambar la.hehehe..


So ni la kerja we ollz bila dah tak ada kerja nak buat and tak ada topik nak bersembang. ape lagiiii snapp snappp..






you are the most beautiful flower in my garden of friendship.. 
I love my honey forever..hope our friendship will last ever after. aminn =)







Terima Kasih

Wednesday 25 July 2012

Better late than never ^_^




Assalamualaikum w.b.t ... HIII GUYSSSS!!!!
rasanya belum terlambat lagi kot nak wish even kita dah berpuasa 5 hari. hehehe



semoga ramadan tahun ini kita dapat meningkatkan amal ibadah dan merebut malam lailatul qadar. aminn. jangan kita sia-siakan ramadan yang datang ni sebab belum tentu kita akan bertemu ramadan yang akan datang so buatlah sehabis baik untuk ramadan kali ni. mudah mudahan amalan kita diterima olehNya. aminn. =)










p/s: alhamdullilah Allah panjangkan umur untuk bertemu ramadan untuk yg ke 21 kali..syukran syukran..* mood=excited heppi,teruja,bersyukur gile dapat bertemu ramadan. hehe



Terima Kasih

Tuesday 17 July 2012

Ini yang kau kata SAYANG?




Memang betul kata orang kebenaran itu menyakitkan. kadang kadang aku lebih suka melarikan diri dari berhadapan dengan kebenaran sebab aku takut aku sakit. tapi sampai bila?


Bila kebenaran itu terbongkar, memang aku orang yang paling sakit. sakit sangat. kenapa ada orang sanggup tengok orang yang dia sayang merana? cara kau kotor dan aku tak dapat terima sebagai seorang yang berpegang dengan agama Allah, dan kau jangan berselindung disebalik agama. 


Aku maafkan segala apa yang kau buat pada aku walaupun kau rasa aku tak tahu. Ingat Allah Maha berkuasa lagi Maha mengetahui. aku bersyukur Dia bagi petunjuk kepada aku yang naif ini.cukuplah dengan apa yang kau dah buat, aku mahu hidup bahagia. i'm begging you.






`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.( surah al-jin 72:6)








this girl was trying so hard to smile even her heart totally broken.








p/s: Thank you for everything. Ya Allah kau berikanlah kami petunjuk dan hidayahMu agar kami sentiasa lurus di jalan Mu.



Terima Kasih

Sunday 8 July 2012

Sunday mOrning



Good morning guysss..okey pagi ni lepas solat subuh aku and my housemate siap siap nak pergi jogging kat kompleks sukan.
Excited sangat bila nampak trek. lama betol tak berlari atas trek, rindu zaman dulu dulu. huhuhu


Penat la rehat jap. fuhhhh




final round



Best jugak la sekurang kurangnya dapat jugak keluar peluh sambil usha abang hensem jogging.opssss..hehehe..okey gurau je. 
kalau hari hari macam ni kan best tapi apakan daya saya sangat lah pemalas 
-_-












p/s: Alhamdulillah Allah bagi lagi peluang untuk bernafas atas muka bumi ni. =)




Terima Kasih

Thursday 5 July 2012

Guna Otak Fikir, Guna Hati Rasa





Korang setuju tak kalau aku kata MALAYSIA ni aman damai pastu penuh dengan nikmat yang melimpah ruah? setuju tak? angkat kening kalau setuju. ok good. hehe


Negara kita ni aman sangat even ada la kes jenayah bunuh sana sini, merompak pastu tambah pulak kes politik yang xpernah habis, lagi lagi dah nak dekat PRU 13 ni kan and macam macam lagi la tapi kita as rakyat Malaysia still boleh pergi sekolah, makan minum pun cukup, hujung bulan dapat gaji pergi shopping, hujung minggu lepak dengan family and kawan-kawan. hurm alhamdulillah aman sangat. tak ada sape pun kacau kan?


Tapi disebalik keamanan yang kita ada ni pernah tak kita sedar and fikir saudara sesama islam kita dekat Palestine tu hidup diaorang macam mana? okey honestly aku dulu pun mana ada fikir semua ni yang penting aku hidup senang, so sellfish kan. tapi bila aku pergi talk pasal palestine last week tiba tiba timbul satu keinsafan. betapa susahnya hidup diaorang kat sana sampai nak pergi sekolah pun tak boleh sebab sekolah diaorang semua kena roboh oleh Israel. budak-budak kecik umur dalam 2 3 tahun kena tembak sesuka hati. kejamnya rejim Israel ni. sedih sangat bila tengok apa yang jadi kat saudara kita kat sana.


Persoalanya kat sini kenapa kita tak bersyukur atas nikmat Allah yang bagi kat kita? kenapa perlu sombong sedangkan kita ni hanya sekadar seorang hambaNya? Come on la guys nikmat yang Allah bagi ni sekejap je Allah boleh tarik. fikir dalam dalam jangan memandang dengan mata kasar sahaja. okey mulai sekarang jom kita berdoa sama sama untuk saudara saudara kita kat palestine agar diaorang boleh hidup aman damai macam kita jugak. doa itu kan senjata seorang muslim. 


Sure ramai yang cakap tak habis-habis ke cerita pasal palestine ni? dari kita kecik sampai la besar, pegi la ceramah motivasi mana-mana kompom ada cerita pasal palestine. okey fyi, palestine tak pernah aman sejak tahun 1948 lagi so cuba kira dah berapa tahun? 64 tahun kan? Malaysia kena jajah dengan Jepun dulu pon rasanya ada la 4 tahun kan? tu pun mak ayah atok nenek kita cakap punya la payah hidup waktu zaman tu. so imagine la kalo 64 tahun ni macam mana diaorang hidup? 


Come on guys i'm begging u alls to pray for them. kalau ada yang mampu or memang suka menderma  korang boleh layari laman web ni  http://www.aqsasyarif.org.my/ pastu korang tekan misi dan projek then kat situ ada borang untuk ambil anak angkat. kita tak payah susah susah nak kena bela anak angkat ni tapi just bank in duit RM170 setiap bulan untuk anak angkat yang kita ambil tu untuk makan minum,pakaian and sekolah. easy kan pastu kita tiap tiap bulan pahala masuk jugak so tak ada rugi sikit pun kan..heeee ^_^


haa one more thing lets boycott Israel products.korang Google la sendiri product yang support Israel ni. paling sadis kebanyakkan product memang feveret aku huaaa --->Coke, Mcd, Nestle,Loreal.T_T. berkorban sikit guys untuk saudara sesama islam kita jugak kannn..









p/s: Ya Allah hanya Kau Maha mengetahui segala-galanya. selamatkan kami ya Allah. aminn



Terima Kasih

Monday 2 July 2012

VIVA LA ESPANA



Finally SPAIN was the champion for euro 2012.
hooraaiiiii Spain menang laa..T_T



4-0 beb..boleh tahan laju diowang ni main. Congrats ya. 



to ITALYcool la bro tak mo nanges sedih sedih ye, dapat kalahkan England German sampai masuk final kira baguss la tu..(ayat sedapkan hati huhuhu)


pic ehsan dari euro 2008. haha





 So berlabuh la sudah tirai euro 2012. Hey guys see you again for next euro 2016 in FRANCE bebeh.







p/s : selama hari ni elok elok sokong spain boleh pulak hari ni pegi sokong italy kan dah kalah. hamikk kau..sadess sangat.



Terima Kasih

Sunday 1 July 2012

Dia sudah datang




July datang lagi. sekejap sangat masa berlalu tup tup dah masuk bulan 7 pastu dah nak menyambut kedatangan ramadhan. yeepiii suke sangat nak sambut ramadhan hope aku sempat bertemu ramadhan untuk kali ke 21 dalam hidup aku ni. aminn..


Actually bulan july ni bukan bulan feveret sangat la sebab nothing special happened pastu aku selalu tak sedar ada bulan july. Dalam kepala ni asyik dok ingat " januari, februari, mac, april, mei, jun, august, september" ha tengok july kompom selalu terlupa. ke aku yang bangang sangat sampai benda kecik camni pon xreti nak ingat. haiiihh..-_-



So hopefully dis July will be great and awesome so that I will remember you my dear July. hehehe





ha guess what? comel kan..hehe







p/s: Ya Allah, Kau jadikanlah bulan ni bulan yang terbaik untuk aku dan mudah mudahan amalanku lebih baik dari bulan yang sebelumnya.aminn. =)



Terima Kasih

Monday 18 June 2012

Bahagia ke?



BAHAGIA. apa maksud bahagia yang sebenar benarnya? definisi bahagia ni sangat subjective. ada orang cakap kalau hati berbunga bunga tu tandanya bahagia, ada orang lain cakap pulak bahagia itu ketenanangan, ada pulak yang cakap seseorang akan bahagia kalau orang yang dia sayang bahagia. hurm macam macam..


siapa yang tak nak hidup bahagia, kalau tanya orang gila pun kompom dia pun nak hidup bahagia. tapi bahagia ni jangan cari untuk dunia je cari kebahagiaan untuk akhirat sama, barulah dikatakan bahagia dunia akhirat. 


bagi aku kalau seseorang tu  bersyukur dengan apa yang dia ada isyaAllah dia sentiasa bahagia. ingat bahagia tu bukan datang dari "CINTA" semata mata. Bahagia boleh datang dari pelbagai sudut.


aku bersyukur aku seorang yang sangat bahagia, walaupun hati ni kadang-kadang ada sedikit kecelaruan hahaha. Thanks to Allah of all the happiness You give it to me. 







ni one of my feveret. hero heroin punyalah bahagia sampai tak ingat dunia. hehe







Kesimpulanya, bahagia itu ada pada hati ada pada jiwa. Hakikat bahagia itu adalah ketenangan bila hati mengingati Tuhan.








p/s: Aku menunggu kamu wahai bakal imamku semoga kamu mempersiapkan diri untuk membahagiakan aku dunia akhirat. Ya Allah only You know who is he that meant to me.Big smile to You Ya Rabbi.



Terima Kasih

Friday 15 June 2012

Syukran Ya Allah

Alhamdulillah...


Bersyukur yang tak terhingga kepadaMu ya Allah.
terima kasih atas rahmat dan kasihMu terhadap hambaMu yang hina lagi berdosa ini.





janganlah Kau jadikan aku hamba yang terkorban kerana duniawi dan hamba yang berputus asa atas rahmatMu.





 “Tidak ada yang putus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.” (Surah Al-Hijr, ayat 56)













p/s : be with me Ya Allah, I'm nothing without You. Indeed You are most beneficent and most merciful.




Terima Kasih

Wednesday 13 June 2012

BAD BAD girl




my current condition
.
.
.
.
.
.

emptiness is the worst feeling ever.


someone said to me 

" you are too young to be this empty girl"






p/s: I know it's because of my sins..astaghfirullahala'zim.



Terima Kasih

Monday 9 April 2012

.....

 I cry, get sick and get hurt over nothing
hope there's someone come to me
and say it's okay I'm with you now.






mak, I'm totally lost right now
please come and hug me
even in my dream
I don't know what to do
with this heart.



Terima Kasih

Friday 23 March 2012

Full of nothing


All these years
I've tried so much to forget you
as result nothing I got
still waiting for nothing..
and countless night I've cried 
just because my feeling is true
but it can't change anything

Hard to believe 
I'm not the one
 in your heart any more
yea, you deserve to get better
I'm happy for you
but this pain never leave me be

I've tried to hold you
to be someone in my life one day
but you never understand
what I'm trying to say
with tears in me
I saw you walked away 
from my life



I love him more than he will ever know









Terima Kasih

Monday 12 March 2012

Berdosa terhadap Dia

kenapa tiba-tiba rasa sedih?
kenapa tiba-tiba rasa bersalah?
kenapa tiba-tiba rasa menyesal?
kenapa tiba-tiba rasa marah?
kenapa tiba-tiba rasa penat sangat?
kenapa tiba-tiba rasa takut?
bingung dengan diri sendiri


Ya Allah, kau ampuni hambaMu ini Ya Allah.
aku sangat berdosa Ya Allah
hanya keampunan daripadaMu aku pohon
kasihanilah aku Ya Allah 
hambaMu yang lemah lagi tak berdaya
Ya Allah aku mohon kekuatan daripadaMu
untuk aku terus tegak dijalanMu.

lumrah seorang manusia yang sentiasa melakukan dosa
moga diampuni olehNya.






aku sangat merinduiMu Ya Allah,
aku sangat merindui kekasihMu Ya Allah,
aku sangat merindui syurgamu Ya Allah
aku berharap rinduku ini terbalas. amin






Terima Kasih

Sunday 4 March 2012

"Bacaan atau doa ketika wuduk"





Assalamualaikum.w.b.t 
  


 Hai semua..hari minggu camni tiba-tiba rindu mak abah kat rumah. mak abah miss you. okey bukan ni yang aku nak cerita, back to the topic..

  Mungkin benda ni ramai orang tak tahu atau tahu tapi buat buat tak tahu..tapi tak pe la aku juz suka nak kongsi ape yang aku tahu. So murid murid hari ini  pelajaran kita ialah "Bacaan atau doa ketika wuduk".

  Okey semua dah buat muka boring -_-. Ala korang benda simple kot jom la kita belajar sikit. Ramai orang yang ambil wuduk just niat nak ambil wuduk je kan? Tapi sebenarnya masa ambil wuduk tu pun ada niat niat yang boleh kita amalkan. 




1. Ketika berkumur.
 Berniat lah : Ya Allah, berilah aku minuman dari telaga nabi Mu s.a.w segelas yang membuat aku tidak dahaga selamanya.

2. Ketika memasukkan air ke hidung.
Berniat lah  : Ya Allah, janganlah Engkau halang aku dari bau (wangi) nikmat dan syurga MU.

3. Ketika hendak membasuh muka.
Berniat lah : Ya Allah, putihkanlah wajahku pada hari yang setiap setiap wajah menjadi putih atau menjadi hitam.

4. Ketika membasuh dua tangan.
berniat lah : Ya Allah, berikanlah kitab (tulisan amal) ku disebelah kananku. Ya Allah jangan lah berikankan kitabku disebelah kiriku.

5. Ketika menyapu kepala.
Berniat lah : Ya Allah, lindungilah aku dibawah 'Arasy Mu pada hari tiada perlindungan melainkan perlindungan dari Mu.

6. Ketika menyapu dua telinga.
Berniat lah : Ya Allah, jadikanlah aku sebahagian dari orang yang mendengar lalu aku ikut yang terbaik darinya.

7. Ketika membasuh dua kaki.
Berniat lah : Ya Allah, tetapkanlah tumitku di atas titian pada hari semua tumit tergelincir.







  Ha simple je kan? Memang nampak macam banyak nak kena niat tapi amal la sikit sikit dulu nanti lama lama boleh dah la amalkan semua. Alang-alang kita ambil wuduk hari hari so apa salahnya kita niat sekali mudah-mudahan niat kita tu dimakbulkan. Wallhu 'alam.



Terima Kasih

Monday 27 February 2012

POtOng jangan tak POtOng

Assalamualaikum w.b.t..


Tengah-tengah malam buta ni tiba-tiba pulak nak post something so tak nak dah la post emo emo je kan cam post before ni hehe. okey ape kata kita selongkar sikit rahsia disebalik potong kuku. 


Sure ada yg cakap " ala setakat rahsia potong kuku adik guwa pon taw ". cliche la bro. Memang la nampak simple and rasa cam tak payah amik tahu sebab semua orang tahu hari yang patut potong kuku hari isnin, khamis, jumaat. Tapi tahu ke kenapa dan sebab-sebabnya? 


"tahu la sikit-sikit tapi tak ingat sangat la tapi yg penting AKU TAHU LA JUGAK". ha ni la orang kita sombong tak nak kalah gak tu..huhu


Ilmu yang ada kita kongsi sama-sama so kepada yang memang arif pasal bab ni nak teruskan baca pun tak pe refresh balik ilmu yang ada tu, mana la tahu kan kot-kot ada yang dah lupa..


"Membebel je la minah ni mana rahsia potong kuku ni? haishh" okey okey cool la bro nak start la ni. -_-




RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada :-

# Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan


# Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

# Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

# Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

# Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

# Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.



Kalo kita tengok balik islam ni sangat detail dan praktikal sampai nak potong kuku pun diajar. siapa kata islam susah ha? senang kan. 









cop cop belum habis lagi pasal bab potong kuku ni, tadi kita dah tahu hari hari untuk potong kuku so sekarang kita tengok pulak macam mana nak potong kuku. 

"laa potong je la guna kepit kuku tu pun susah."

kalau jenis hentam kromo memang la boleh potong je ikut suka tapi ada  cara-cara nak potong kuku ikut sunah Rasullullah s.a.w dapat pahala tau. hehehe







So korang boleh la ikot cara-cara nak potong kuku ni, jari mana nak mula dulu jari mana yang last sekali nak kepit. Malas aku nak explain lebih-lebih sebab nanti jadi karangan SPM pulak kan.


Apa apa pun jangan lupa baca kalimah bismillah sebelum nak lakukan apa apa dan diakhiri dengan alhamdulillah,  pahala gak tu free je dapat tak payah nak susah susahkan kalau nak cari pahala ni. islam kan mudah. ^_^









Terima Kasih

Wednesday 22 February 2012

Kepada Allah aku beserah



Ada hikmah sebalik apa yang berlaku, aku percaya 200% no doubt. Jalan yang aku ambil mungkin menyakitkan banyak hati tapi percaya lah semua ni ada hikmahnya cuma hikmah tu kita kena cari. Aku tak pernah minta semua ni jadi but i'm juz human being and do mistake. 









Menyesal dengan apa yg terjadi? Tak mungkin aku menyesal sebab ini semua takdir Allah dan hadiah yang terbaik dari Allah kepada aku. 











However it is, thank you very much for being my friends before, I do appreciate all the moments with you guys it's wonderful and if my mind would forget my heart would not.












Tapi aku tahu, aku bukan yang terbaik untuk sesiapa. Dengan rela hati aku undur diri.
but don't worry even there's distance between us you guys always in my prayer.











Terima Kasih

 
Blogger design by Laila Itsuki