Thursday, 5 July 2012

Guna Otak Fikir, Guna Hati Rasa





Korang setuju tak kalau aku kata MALAYSIA ni aman damai pastu penuh dengan nikmat yang melimpah ruah? setuju tak? angkat kening kalau setuju. ok good. hehe


Negara kita ni aman sangat even ada la kes jenayah bunuh sana sini, merompak pastu tambah pulak kes politik yang xpernah habis, lagi lagi dah nak dekat PRU 13 ni kan and macam macam lagi la tapi kita as rakyat Malaysia still boleh pergi sekolah, makan minum pun cukup, hujung bulan dapat gaji pergi shopping, hujung minggu lepak dengan family and kawan-kawan. hurm alhamdulillah aman sangat. tak ada sape pun kacau kan?


Tapi disebalik keamanan yang kita ada ni pernah tak kita sedar and fikir saudara sesama islam kita dekat Palestine tu hidup diaorang macam mana? okey honestly aku dulu pun mana ada fikir semua ni yang penting aku hidup senang, so sellfish kan. tapi bila aku pergi talk pasal palestine last week tiba tiba timbul satu keinsafan. betapa susahnya hidup diaorang kat sana sampai nak pergi sekolah pun tak boleh sebab sekolah diaorang semua kena roboh oleh Israel. budak-budak kecik umur dalam 2 3 tahun kena tembak sesuka hati. kejamnya rejim Israel ni. sedih sangat bila tengok apa yang jadi kat saudara kita kat sana.


Persoalanya kat sini kenapa kita tak bersyukur atas nikmat Allah yang bagi kat kita? kenapa perlu sombong sedangkan kita ni hanya sekadar seorang hambaNya? Come on la guys nikmat yang Allah bagi ni sekejap je Allah boleh tarik. fikir dalam dalam jangan memandang dengan mata kasar sahaja. okey mulai sekarang jom kita berdoa sama sama untuk saudara saudara kita kat palestine agar diaorang boleh hidup aman damai macam kita jugak. doa itu kan senjata seorang muslim. 


Sure ramai yang cakap tak habis-habis ke cerita pasal palestine ni? dari kita kecik sampai la besar, pegi la ceramah motivasi mana-mana kompom ada cerita pasal palestine. okey fyi, palestine tak pernah aman sejak tahun 1948 lagi so cuba kira dah berapa tahun? 64 tahun kan? Malaysia kena jajah dengan Jepun dulu pon rasanya ada la 4 tahun kan? tu pun mak ayah atok nenek kita cakap punya la payah hidup waktu zaman tu. so imagine la kalo 64 tahun ni macam mana diaorang hidup? 


Come on guys i'm begging u alls to pray for them. kalau ada yang mampu or memang suka menderma  korang boleh layari laman web ni  http://www.aqsasyarif.org.my/ pastu korang tekan misi dan projek then kat situ ada borang untuk ambil anak angkat. kita tak payah susah susah nak kena bela anak angkat ni tapi just bank in duit RM170 setiap bulan untuk anak angkat yang kita ambil tu untuk makan minum,pakaian and sekolah. easy kan pastu kita tiap tiap bulan pahala masuk jugak so tak ada rugi sikit pun kan..heeee ^_^


haa one more thing lets boycott Israel products.korang Google la sendiri product yang support Israel ni. paling sadis kebanyakkan product memang feveret aku huaaa --->Coke, Mcd, Nestle,Loreal.T_T. berkorban sikit guys untuk saudara sesama islam kita jugak kannn..









p/s: Ya Allah hanya Kau Maha mengetahui segala-galanya. selamatkan kami ya Allah. aminn



Terima Kasih

0 comments:

 
Blogger design by Laila Itsuki