Wednesday 25 July 2012

Better late than never ^_^




Assalamualaikum w.b.t ... HIII GUYSSSS!!!!
rasanya belum terlambat lagi kot nak wish even kita dah berpuasa 5 hari. hehehe



semoga ramadan tahun ini kita dapat meningkatkan amal ibadah dan merebut malam lailatul qadar. aminn. jangan kita sia-siakan ramadan yang datang ni sebab belum tentu kita akan bertemu ramadan yang akan datang so buatlah sehabis baik untuk ramadan kali ni. mudah mudahan amalan kita diterima olehNya. aminn. =)










p/s: alhamdullilah Allah panjangkan umur untuk bertemu ramadan untuk yg ke 21 kali..syukran syukran..* mood=excited heppi,teruja,bersyukur gile dapat bertemu ramadan. hehe



Terima Kasih

Tuesday 17 July 2012

Ini yang kau kata SAYANG?




Memang betul kata orang kebenaran itu menyakitkan. kadang kadang aku lebih suka melarikan diri dari berhadapan dengan kebenaran sebab aku takut aku sakit. tapi sampai bila?


Bila kebenaran itu terbongkar, memang aku orang yang paling sakit. sakit sangat. kenapa ada orang sanggup tengok orang yang dia sayang merana? cara kau kotor dan aku tak dapat terima sebagai seorang yang berpegang dengan agama Allah, dan kau jangan berselindung disebalik agama. 


Aku maafkan segala apa yang kau buat pada aku walaupun kau rasa aku tak tahu. Ingat Allah Maha berkuasa lagi Maha mengetahui. aku bersyukur Dia bagi petunjuk kepada aku yang naif ini.cukuplah dengan apa yang kau dah buat, aku mahu hidup bahagia. i'm begging you.






`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.( surah al-jin 72:6)








this girl was trying so hard to smile even her heart totally broken.








p/s: Thank you for everything. Ya Allah kau berikanlah kami petunjuk dan hidayahMu agar kami sentiasa lurus di jalan Mu.



Terima Kasih

Sunday 8 July 2012

Sunday mOrning



Good morning guysss..okey pagi ni lepas solat subuh aku and my housemate siap siap nak pergi jogging kat kompleks sukan.
Excited sangat bila nampak trek. lama betol tak berlari atas trek, rindu zaman dulu dulu. huhuhu


Penat la rehat jap. fuhhhh




final round



Best jugak la sekurang kurangnya dapat jugak keluar peluh sambil usha abang hensem jogging.opssss..hehehe..okey gurau je. 
kalau hari hari macam ni kan best tapi apakan daya saya sangat lah pemalas 
-_-












p/s: Alhamdulillah Allah bagi lagi peluang untuk bernafas atas muka bumi ni. =)




Terima Kasih

Thursday 5 July 2012

Guna Otak Fikir, Guna Hati Rasa





Korang setuju tak kalau aku kata MALAYSIA ni aman damai pastu penuh dengan nikmat yang melimpah ruah? setuju tak? angkat kening kalau setuju. ok good. hehe


Negara kita ni aman sangat even ada la kes jenayah bunuh sana sini, merompak pastu tambah pulak kes politik yang xpernah habis, lagi lagi dah nak dekat PRU 13 ni kan and macam macam lagi la tapi kita as rakyat Malaysia still boleh pergi sekolah, makan minum pun cukup, hujung bulan dapat gaji pergi shopping, hujung minggu lepak dengan family and kawan-kawan. hurm alhamdulillah aman sangat. tak ada sape pun kacau kan?


Tapi disebalik keamanan yang kita ada ni pernah tak kita sedar and fikir saudara sesama islam kita dekat Palestine tu hidup diaorang macam mana? okey honestly aku dulu pun mana ada fikir semua ni yang penting aku hidup senang, so sellfish kan. tapi bila aku pergi talk pasal palestine last week tiba tiba timbul satu keinsafan. betapa susahnya hidup diaorang kat sana sampai nak pergi sekolah pun tak boleh sebab sekolah diaorang semua kena roboh oleh Israel. budak-budak kecik umur dalam 2 3 tahun kena tembak sesuka hati. kejamnya rejim Israel ni. sedih sangat bila tengok apa yang jadi kat saudara kita kat sana.


Persoalanya kat sini kenapa kita tak bersyukur atas nikmat Allah yang bagi kat kita? kenapa perlu sombong sedangkan kita ni hanya sekadar seorang hambaNya? Come on la guys nikmat yang Allah bagi ni sekejap je Allah boleh tarik. fikir dalam dalam jangan memandang dengan mata kasar sahaja. okey mulai sekarang jom kita berdoa sama sama untuk saudara saudara kita kat palestine agar diaorang boleh hidup aman damai macam kita jugak. doa itu kan senjata seorang muslim. 


Sure ramai yang cakap tak habis-habis ke cerita pasal palestine ni? dari kita kecik sampai la besar, pegi la ceramah motivasi mana-mana kompom ada cerita pasal palestine. okey fyi, palestine tak pernah aman sejak tahun 1948 lagi so cuba kira dah berapa tahun? 64 tahun kan? Malaysia kena jajah dengan Jepun dulu pon rasanya ada la 4 tahun kan? tu pun mak ayah atok nenek kita cakap punya la payah hidup waktu zaman tu. so imagine la kalo 64 tahun ni macam mana diaorang hidup? 


Come on guys i'm begging u alls to pray for them. kalau ada yang mampu or memang suka menderma  korang boleh layari laman web ni  http://www.aqsasyarif.org.my/ pastu korang tekan misi dan projek then kat situ ada borang untuk ambil anak angkat. kita tak payah susah susah nak kena bela anak angkat ni tapi just bank in duit RM170 setiap bulan untuk anak angkat yang kita ambil tu untuk makan minum,pakaian and sekolah. easy kan pastu kita tiap tiap bulan pahala masuk jugak so tak ada rugi sikit pun kan..heeee ^_^


haa one more thing lets boycott Israel products.korang Google la sendiri product yang support Israel ni. paling sadis kebanyakkan product memang feveret aku huaaa --->Coke, Mcd, Nestle,Loreal.T_T. berkorban sikit guys untuk saudara sesama islam kita jugak kannn..









p/s: Ya Allah hanya Kau Maha mengetahui segala-galanya. selamatkan kami ya Allah. aminn



Terima Kasih

Monday 2 July 2012

VIVA LA ESPANA



Finally SPAIN was the champion for euro 2012.
hooraaiiiii Spain menang laa..T_T



4-0 beb..boleh tahan laju diowang ni main. Congrats ya. 



to ITALYcool la bro tak mo nanges sedih sedih ye, dapat kalahkan England German sampai masuk final kira baguss la tu..(ayat sedapkan hati huhuhu)


pic ehsan dari euro 2008. haha





 So berlabuh la sudah tirai euro 2012. Hey guys see you again for next euro 2016 in FRANCE bebeh.







p/s : selama hari ni elok elok sokong spain boleh pulak hari ni pegi sokong italy kan dah kalah. hamikk kau..sadess sangat.



Terima Kasih

Sunday 1 July 2012

Dia sudah datang




July datang lagi. sekejap sangat masa berlalu tup tup dah masuk bulan 7 pastu dah nak menyambut kedatangan ramadhan. yeepiii suke sangat nak sambut ramadhan hope aku sempat bertemu ramadhan untuk kali ke 21 dalam hidup aku ni. aminn..


Actually bulan july ni bukan bulan feveret sangat la sebab nothing special happened pastu aku selalu tak sedar ada bulan july. Dalam kepala ni asyik dok ingat " januari, februari, mac, april, mei, jun, august, september" ha tengok july kompom selalu terlupa. ke aku yang bangang sangat sampai benda kecik camni pon xreti nak ingat. haiiihh..-_-



So hopefully dis July will be great and awesome so that I will remember you my dear July. hehehe





ha guess what? comel kan..hehe







p/s: Ya Allah, Kau jadikanlah bulan ni bulan yang terbaik untuk aku dan mudah mudahan amalanku lebih baik dari bulan yang sebelumnya.aminn. =)



Terima Kasih

 
Blogger design by Laila Itsuki